Perjalanan bas yang paling kami ingati adalah dari Ohrid ke Berat di Albania. Ianya bukanlah bas besar tetapi sebuah furgon, besarnya seperti sebuah van. Sepatutnya kami diberikan bas yang lebih besar, namun terpaksa diganti kerana bas itu mengalami masalah. Kami terpaksa menaiki furgon itu yang telah melebihi muatan, tiada lagi tempat duduk kosong untuk kami. […]