Kembara Balkan – Hentian 2: Sofia, Bulgaria

“Is she with you?”

Pertanyaan yang diajukan kepada aku oleh wanita berpakaian seragam polis, di dalam tren semasa tiba di sempadan Bulgaria-Istanbul.

“Yes, she’s my wife”, kataku.

Masih belum yakin, dia meneliti passport kami berdua dan bertanya,

“Why you two dont have the same last name?”

Aku terdiam. Macam mana aku nak terangkan yang kami bukan seperti mereka, perempuan perlu ikut last name suami. Lalu aku pun memberi jawapan ringkas,

“No, that is not necessary for us.”

Polis wanita itu melihat kami atas dan bawah, lalu bertanya,

“Do you have any proof that you two married? Perhaps a wedding picture?”

Aku teringat yang kami dah cleanup dan backup gambar dalam fon masing-masing sebelum pegi ke europe, jadi memang tak ada gambar kahwin langsung dalam fon. Aku cuba juga cari mana tahu ada yang terselit di mana-mana.

Aku teringat yang gambar-gambar aku ada diupload ke google drive, nasib aku baik kerana ada satu gambar kahwin. Aku terus tunjukkan kepada polis wanita itu. Gambar itu diteliti oleh polis wanita itu. Setelah berpuas hati, akhirnya kami dibenarkan melepasi sempadan dan tren mula bergerak.

Tren yang membawa kami dari Istanbul ke Sofia.

Lega rasanya dapat lepas memasuki border Bulgaria. Kebelakangan ini pemeriksaan di border Bulgaria-Istanbul agak ketat kerana ramai pelarian dari Syria cuba untuk masuk dari Istanbul, jadi tak hairan kenapa kami diperiksa dengan teliti.

Sofia, ibu negara dan bandar terbesar di Bulgaria. Pernah diperintah oleh beberapa kerajaan seperti Greek, Roman, Uthmaniyyah dan Soviet. Gunung Vitosha yang berada berdekatan bandar Sofia menjadi latarbelakang semulajadi bandar ini.

Hari pertama, tiba di Sofia Central Station diawal pagi setelah mengharungi perjalanan keretapi selama 10 jam.
Pemandangan bandar Sofia dari balkoni guesthouse.

Di sini kami berjalan sekitar bandar melihat bangunan lama, masjid, cathedral dan Vistosha Boulevard. Keesokan hari, kami pergi ke Rila Monastery yang terletak di kawasan pergunungan Rila, 2 jam perjalanan dari bandar Sofia.

Sofia merupakan set penggambaran bagi filem Dilwale. Bangunan ini adalah salah satu dari lokasinya.
Masjid Banya Bashi di Sofia. Merupakan senibina Uthmaniyah yang masih ada di sini.
Gereja Alexander Nevsky. Gereja Orthodoks yang dinamakan sempena putera Rusia.
Vitosha Boulevard. Tumpuan utama pelancong.
Rila Monastery

Leave a Reply