Hentian pertama kami dalam kembara balkan, selepas 12 jam berada dalam flight, akhirnya kami selamat sampai di Istanbul. Cuaca sejuk kerana winter masih belum tamat.
Orang Istanbul yang kami jumpa semuanya peramah dan membahasakan Malaysia sebagai adik-beradik
oleh kerana hubungan baik Malaysia dan Turki sebagai negara Islam.
Istanbul dahulunya adalah kerajaan kristian Constantinople sebelum ditawan oleh kerajaan Uthmaniyyah yang pada masa itu diketuai oleh Sultan Muhammad Al-Fatih. Selepas itu Islam mula berkembang di Istanbul, banyak masjid dibina termasuk Masjid Sultanahmet yang menjadi landmark utama Istanbul. Cathedral terbesar semasa era constantinople, Hagia Sofia telah diubah menjadi Masjid.
Istanbul adalah tempat pertemuan Asia-Eropah, satu-satunya bandar yang terletak diantara 2 benua. Cara yang paling cepat untuk travel antara Asia dan Eropah adalah dengan merentas Selat Bosphorus yang memisahkan Istanbul Asia dan Istanbul Eropah dngan menaiki feri.
Mudahnya berjalan di istanbul ni kerana semua attraction berada berdekatan antara satu sama lain, semua boleh dilawati antara jarak berjalan kaki. Sekiranya melawat Istanbul, carilah tempat menginap di Eminonu. Tempat ini berdekatan dengan stesyen keretapi, tram dan Spice Bazaar. Kawasan ini berada di tengah-tengah antara kawasan Sultanahmet dan Galata Tower.
Di Sultanahmet, boleh melawat masjid sultanahmet (blue mosque), Hagia Sofia, Topkapi Palace, Basilica Cistern dan Grand Bazaar. Di kawasan Galata Tower pula, boleh melawat menara itu sendiri, menaiki tram bawah tanah yang kedua tertua didunia untuk ke Istiklal Road.
Istiklal adalah seperti jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur, tempat tumpuan pelancong. Disini banyak butik jenama terkenal, Hard Rock Cafe Istanbul juga disini.
Di Istiklal juga tempat aku beli kasut baru disebabkan kasut yang aku bawa dari Malaysia rupanya ketat. Terpaksa aku gantikan kasut waterproof dan heat insulation dengan kasut Sketchers yang plain dan bukan tahan sejuk.
Next stop, Bulgaria.