Kembara aku diteruskan ke negara yang sarat dengan lagenda mitos. Dari Sofia, aku menaiki overnight bus yang akan merentasi sempadan Bulgaria-Greece dan mengambil masa 12 jam perjalanan.
Perjalanan jauh seperti ini sememangnya membosankan, apatah lagi nak tidur pun tak berapa lena sebab dalam posisi duduk. Lenguh pinggang. Nasib baik ada WIFI didalam bas, boleh juga surfing internet hilangkan bosan.
Aku tiba di Athens pada awal pagi semasa bandar ini masih belum sibuk. Mungkin ada yang tahu, Greece adalah negara yang sedang menghadapi krisis kewangan yang teruk dan hampir muflis. Banyak kemudahan awam dipendekkan waktu operasi seperti tren Metro, mula beroperasi pada jam 8 pagi, sangat lewat bagi yang perlu masuk bekerja di awal pagi. Kelihatan sudah ramai yang beratur untuk menaiki tren. Waktu operasi bagi tarikan pelancong juga menjadi pendek, dari jam 8 pagi hingga 3 petang (mungkin juga kerana low season) yang pasti kerajaan sedang cuba berjimat dengan mengurangkan kos operasi.
Kecaman dari rakyat jelas dapat dilihat dari grafitti pada dinding-dinding di sekitar bandar. Kebanyakkan bank ditutup untuk mengelakkan panik dari pelanggan yang hendak mengeluarkan duit dari bank mereka. Bagi penggunaan ATM pula, had pengeluaran ditetapkan tidak lebih dari 100euro sehari untuk setiap pengguna. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana untuk hidup dengan sekatan sebegitu. Disebabkan perkara ini membuatkan aku lebih berhati-hati selama aku di bandar ini kerana risau akan kadar jenayah yang semakin meningkat. Berjalan di tempat yang ramai orang, elakkan lorong sunyi dan keluar lewat malam.
Disini aku sempat melawat tarikan yang tersohor di Athens iaitu Acropolis, tapak arkeologi terbesar yang menempatkan monumen-monumen zaman Greece purba. Kesemua monumen ini yang pada masa dahulu dibina untuk pemerintah mereka pada masa itu, Athena. Kerajaan Uthmaniyyah pernah memerintah bandar ini namun setelah era pemerintahannya berakhir, peninggalan seperti masjid telah diubah menjadi fungsi lain.
Lokasi Acropolis diatas bukit, dari sini boleh nampak 360 darjah pemandangan kota Athens. Dari atas ini boleh nampak betapa sesaknya bandar ini dengan binaan bangunan yang berserabut dan rapat antara satu sama lain, Athens sepatutnya mengupah perancang bandar yang lebih bagus.
Tentang makanan halal pula, aku bersyukur kerana bertemu dengan komuniti Pakistan/Bangladesh yang berniaga di satu kawasan di bandar ini. Dapatlah merasa masakan halal dari saudara seagama. Kedai runcit mereka juga menjual produk-produk halal. Pengalaman ini buat aku teringat tentang bangsa ini yang sering diperkecilkan oleh sesetengah orang di negara aku sendiri, padahal mereka ini adalah bangsa penghijrah yang hebat.












Salam.
In sha Allah, Saya dan rakan2 bercdg nak jelajah europe termasuk athens oct 2018.
Namun kami hnya 1 hari shj di Athens. Cukup kah masa utk melawat main attraction spt acropolis .
Sekian tk.
Salam Nasir. Berdasarkan pengalaman saya, cukup satu hari untuk melawat attraction utama di Athens.
Paling utama adalah Acropolis dan kawasan Monastiraki berhampirannya di mana terdapat pasar untuk membeli cenderamata.
Hampir kesemua attraction di Athens tutup pada jam 3 petang, jadi rancang perjalanan seawal mungkin.
Selamat berkembara.
Tk saudara utk maklumat ini.